Thursday, 18 August 2011

Gempar! Google keluarkan semua Domain Co.cc dari senarai Index Search Engine

co.cc banned by google index Gempar! Google keluarkan semua Domain Co.cc dari senarai Index Search Engine 
Salam hormat pembaca sekalian,
Berita gempar! Malang bagi semua pengguna subdomain Co.cc apabila Google mengambil keputusan untuk mengeluarkan semua entri subdomain berkenaan dari Senarai index Search Engine Google. Punca sebenarnya tidaklah pula diketahui tapi banyak berkait rapat dengan aktiviti spammers yang ramai telah menyalahgunakan kelebihan yang ada pada pengguna subdomain berkenaan.
Berikut adalah kenyataan Matt Cutts dalam Google+ berkenaan isu berkenaan :- 

Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/google-keluarkan-semua-domain-co-cc-dari-senarai-index-search-engine/#ixzz1VNyUDR1u

kenyataan Matt Cutts 2 Gempar! Google keluarkan semua Domain Co.cc dari senarai Index Search Engine
Hanya disebabkan banyak aktiviti Fraction yang menjadi punca spammers dan link berkualiti rendah dari pengguna subdomain berkenaan, maka keseluruhan domain berkenaan menjadi mangsa. Kebanyakan mereka juga menggunakan Auto Generate Contents atau AGC untuk meningkatkan trafik laman web / blog mereka tanpa perlu bersusah payah. Tindakan tegas Google ini banyak berkait rapat dengan polisi mereka.. http://googleonlinesecurity.blogspot.com/2011/06/protecting-users-from-malware-hosted-on.html ..
Pencarian laman Co.cc melalui Seacrh Engine Google tidak menemukan satu pun laman yang terindeks termasuklah laman blog mantan PM kita, Tun Dr M (http://chedet.co.cc/ ). Namun, pengguna domain Co.cc masih boleh menggunakan subdomain berkenaan seperti biasa cuma mereka hanya boleh berharap agar Google mengubah keputusan mereka yang tidak mengindeks domain berkenaan.
p/s – Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga..


No comments:

Post a Comment

.: komputersaya.com : Ilmu Komputer & Bisnes :.